Monday, 17 August 2015

Assalammualaikum w.b.t buat pengunjung blog hamba , hamba menyusun 10 jari kemaafan kerna lama juga hamba tidak update barang baru , banyak juga hamba dapat panggilan dan sms menyuarakan kenapa hamba tidak upload barang baru lagi dan ada mengatakan juga hamba sudah tidak berminat . Disini hamba perbetulkan sbnrnya hamba sibuk dgn urusan memantapkan ilmu serta berhijrah kenegara jiran utk mecari barang2 mistik disamping itu juga menambahkan ilmu Allah. Insyaallah selepas ini hamba aktif kembali barang2 mistik . Terima kasih pada mereka yg sentiasa menyokong hamba serta memberi semangat serta dorongan pada hamba utk teruskan pencarian barangan tersebut . Ingatlah semua perkara datangnya dari Allah kerna tanpaNya kita tidak mampu lakukan apa jua kerja pun . Tetapkanlah diri kita pada Allah agar kita tidak lagi dari Akidah serta tetapkanlah diri kita padaNya semoga kita mendapat barokah dariNya ins sya Allah

Monday, 19 January 2015

Selamat Tahun Baru - Sila Baca ....



Assalammualaikum w.b.t rasanya belum terlambat untuk hamba mengucapkan Selamat Tahun Baru buat peminat blog Alam Mistik . Syukur kehadrat ilahi kerna kita masih diberi Nafas yang baik untuk menikmati kehidupan yang Maha sempurna dari tuan punya dunia iaitu Allah . Dari 2007 hingga 2010 hamba berkecimpung dalam dunia mistik ini dan hamba dan dari situlah titik permulaan hamba mengenali siapa sahabat siapa lawan siapa musuh namun hamba rasa bersyukur dgn adanya mereka ini membuatkan hamba makin kuat dan terus berdiri sehingga blog pertama hamba dihack dan ditutup oleh mereka yg tidak bertanggungjawap namun ianya tidak mematahkan semangat hamba untuk membuka blog yang ke2, Dgn izin Allah maka terhasillah Mistik Alam Bunian. Dari 2011 sehingga kini genaplah 8 tahun hamba berkarya dan mencari barang mistik serta mempelajari selok belok mistik serta memaharkan barang mistik , jujur hamba katakan ada yang berpuas hati ada juga yang tidak berpuas hati dan ada juga yang mengatakan hamba menipu namun sebagai manusia kita tidak mampu memuaskan hati manusia. Telah hamba katakan jangan minta pada barang atau minyak tapi mintalah semua kepada Allah kerna dialah yang mengerakkan sesuatu hal terjadi, barangan hanyalah perantaraan. Bagi mereka yang pernah berurusan dgn hamba sudah pasti mereka mengenali hamba kerna hamba lebih suka berjumpa dari urusan pos namun jika jarak membataskan hamba terpaksa menggunakan Pos sebagai medium. Disini hamba ingin mengambil kesempatan ingin memohon 1000 kemaafan kepada penebus jika ada yang layanan dari hamba membuatkan kalian tidak berpuas hati. Hamba bukanlah sempurna untuk memenuhi kehendak penebus namun kita sebagai manusia haruslah kita berusaha untuk mencapai apa yang dihajati . Lumrah alam bila sesuatu barang berhasil maka meraka pasti akan gembira namun jika sesuatu tidak berhasil sudah pasri ada yang REDHO dan ada juga YANG MAKI NISTA namun ia tidak mematahkan semangat hamba kerna hamba tahu apa yang hamba lakukan . Allah sentiasa bersama hamba , Jika dahulunya hamba ada juga buat rawatan seperti MEMBUANG SAKA , BUATAN ORANG , SANTAU, PELARIS PERNIAGAAN , PERCINTAAN , ANAK DEGIL , ISTERI/SUAMI MAIN KAYU 3 , PAGAR RUMAH DAN OFIS , MEMATIKAN ILMU SANTAU PENGASIH DAN TUJU2 namun 2015 ini hamba tidak lagi membuat rawatan tersebut kerna ada sebab sebab tertentu atas nasihat Guru Hamba ada baiknya hamba Fokus kepada Barangan , Persilatan serta Ijazah Ilmu kerna itu bidang yang hamba Arif. Mengenai perubatan ada baiknya carilah mereka yang lebih arif namun sekadar pertanyaan atau rujukan ins sya allah hamba boleh bantu . Tiada apa yang mampu hamba katakan disini sama samalah kita memanjat kesyukuran dan hidayah dari Allah , yang Baik itu datang dariNya yang buruk itu datang dari Hambanya sendiri. Buat peminat blog hamba terima kasih hamba ucapkan , buat pelanggan yang sentiasa menebus barang dari hamba terima kasih dan syukur kerna membantu hamba untuk mencari sedikit rezeki diatas muka bumi ini dan pada yang menghentam Blog hamba dan yang tidak menyukai hamba terima kasih juga kerna adanya kalian membuatkan hamba perbaiki kesilapan serta menaikkan taraf perkhidmatan hamba . Tiada yang hamba simpan didalam hati namun hamba sentiasa bersyukur kerna ada juga yang memantau hamba. Akhir kata dari hamba Mohonlah pada Allah agar kita semua ditempatkan dikalangan orang yang bertaqwa serta kita semua tidak putus dari Rahmat Allah , salam ikhlas kasih sayang dari hamba :- Assalammualaikum W.B.T

Minyak Aktizah dan Pengisian Doa Aktizah

  Inilah DOA 'AKHIDZAH namanya.  Doa dan Pengertiannya terpaksa saya rahsiakan stas nasihat Guru  Pahalanya terlalu besar dan banyak ...