Friday 7 October 2011

Loket Limau manis dan batu badar asli

loket ini ditemukan oleh guru hamba ketika beliau betapa di gunung kinabalu ketika guru hamba lingkunagan 20 an kini guru hamba berusia 79 tahun, sudah lama loket ini bersama beliau, ingin dilepaskan utk dimaharkan pada meraka yg berminat dari segi ghaib, mempunyai 33 khadam yg terdiri dari khadam islam dan lebih menarik ia mempunyai energy yg sangat kuat serta ampuh jika dipakai utk tujuan pengelimun serta pengerun , mempunyai beberapa kaedah dan amalan utk diamalkan , pantangnya tidak boleh dibawa ke tpt maksiat dan tandas

Maharnya : 1777.77
( telah ditebus oleh saudara Kamik juwitare dari Indonesia )

Kepompong Besi Kuning



Kepompong besi kuning , bagi mereka yg mengetahui akan kuasanya pasti mereka mencarinya , salah satu medium yg digunakan utk tarik duit .

Maharnya : 220.00

Batu Delima Star


Batu delima star , telah diikat dgn silver, Batu ini adalah salah satu batu milik simpanan peribadi hamba yg telah lama hamba simpan, batu ini mempunya khadamnya tersendiri setelah discan ia mempunya 5 khadam yg berada didalam batu tersebut , salah satunya kadam yg berasal dari majusi, batu ini mempunyai energy yang sangat kuat mempunyai penderas pukulan , pemberat pukulan serta pembisa pukulan, beberapa amalan perlu diamalkan sebelum anda memakainya , penjagaannya juga perlu , akan hamba berikan sekali ketika proses pertukaran hak milik .Pantang larangnya jgn dibawa ke tandas atau maksia kerna dkhuatiri khadam tersebut marah , hal ini pernah berlaku di cheras

Maharnya : Rm457.77

Batu Jarum Emas


Batu jarum emas yg telah diikat silver, batu ini mempunya 7 khadam bertempur dan pendinding , batu ini diisikan oleh guru hamba diPerak dimana sipemakai dapat memasuki Alam sebelah ( ghaib ) dgn niat sahaja, mempunyai pantang larang yg amat kuat, setakat didalam jagaan hamba seramai 6 org yg menebusnya tp dikembalikan akibat tidak tahan dgn bunyi yg datang dari alam sebelah , wallahuallam jika satu cerita mungkin hamba akan rasa was2 tapi jika 6 org menceritakan benda yg sama x mustahil ia benar2 berlaku disamping itu juga ia talah diisikan pendinding dari gangguan mahkluk ghaib mahupun nyata,

Maharnya : Rm 566.66
(telah ditebus Amri dari Sarawak )

Besi Kuningan Berkhalimah


Besi kuningan asli berkhalimah Allah dan Muhammad, besi ini didapati dari guru hamba diKedah , didalam simpanannya beliau mempunya 7 pasang yg telah diisikan ilmu perubatan dan pendinding, Beberapa amalan perlu dibaca , hamba akan berikan sekali ketika proses penebusan dilakukan , khasiatnya sangat ampuh , digunakan utk tujuan perubatan , tidak mustahil jika anda terlihat kelibat Tok Syeikh Hassan iaitu penjaga besi tersebut . Pantang larannya jgn dibawa ke tandas seeta ketempat maksiat kerna dikhuatiri boleh membinasakan tuannya sendiri

Maharnya : Rm 477.33
(telah ditebus oleh saudara Yong dari Kelantan)

Besi Kuningan Asli



Cincin kuningan asli ini diberikan oleh sahabat perguruan hamba Abg Rahim seorang yg sering betapa digunung Jerai dan Gunung Senyum , beliau memberikan pada hamba utk dimaharkan , Difahamkan dari sahabat hamba cincin ini telah diisikan pengerun serta pemberat pukulan dari Alam Ghaib , terlalu banyak dugaan dan rintangan ketika ingin mengambil cincin tersebut , ketika didalam jagaan hamba sering kali terdengar tapak kaki keluar masuk dari bilik hamba sehingga meninggalkan bau yg sangat harum,
Penjagaan yg mudah hanya perlu zikir al fatihah sebanyak 7 kali serta ya Latif 7 kali utk menyejukkan amarah pada sipemakai, Tiada pantang larang tp seeloknya dipkai ditgn yg kurang bergerak cthnya anda ringan dikanan maka pakailah dijari kiri , ini adalah dikhuatiri anda terlepas pukul walaupun niat ingin bergurau..

Maharnya : Rm277.77
(telah dimaharkan oleh saudara Nazly dari Melaka , Umbai)

Batu Hijau Berkhalimah Allah



Batu hijau ini mempunyai khasiatnya tersendiri , saya perolehi di Gunung Angsi , Negeri Sembilan , asalnya hamba dapat batu ini sebesar ibu jari , setelah dicanai hamba dapati mempunyai kalimah Allah seperti yg tertera diatas , yg lebih menarik batu ini mempunyai khadamnya tersendiri , mempunyai sifat yg sangat panas. Cincin ini mempunyai pengisian bertempur , pemberat serta pembisa pukulan, tidak mustahil sesiapa yg terkene tumbukan pada sipemakai akan terasa deras dan bisanya, sangat sukar penjagaanya perlu diasapkan setiap awal muharram . Pantang larangnya aialah jgn dibawa ke tandas dan ke tempat maksiat kerna khadam yg menjaganya adalah dari Khadam islam . Hamba akan berikan amalannya sekali semasa urusan penebusan , Apa juapun kepada Allah lah kita berserah ... Inyaallah

Maharnya : Rm 555.55
(telah dimaharkan oleh saudara Ujang dari Rembau)


Minyak Aktizah dan Pengisian Doa Aktizah

  Inilah DOA 'AKHIDZAH namanya.  Doa dan Pengertiannya terpaksa saya rahsiakan stas nasihat Guru  Pahalanya terlalu besar dan banyak ...