Sunday, 10 March 2013

Batu Hanuman Jawa Berqadam 1000

 
 
Batu Hanuman ini hamba perolehi dari salah seorang guru diJohor dimana beliau dapat batu ini di Gunung Berlumut, Johor. Guru ini berkata semasa menziarahi makam pahlawan di Makam Raja , guru tersebut mendapat mimpi dan bisikan utk ke gunung tersebut utk mendapatkan Batu Hanuman tersebut, Hampir 30 tahun batu tersebbut didalam simpanan beliau dan amat berat sekali utnuk dimaharkan , namun disebabkan faktor usianya yang sudah terlalu tua bnyk barang mistik beliau berikan pada orang yang bertandang rumah beliau.
 
Diceritakan khasiat batu ini mempunyai 1000 Qadam termasuk Harimau emas .Batu ini sifatnya panas lebih kearah pertempuran dan kerja berat malah batu ini amat sesuai pada mereka yang suka merantau ke negara orang .Khasiat batu ini adalah pada meraka yang bertempur ibarat sekali pukulan seperti 10 pukulan , banyak keitimewaan lain namun tidak tertulis . Antara kahsiatnya adalah
 
  1. Penggerun 
  2. Renungan mata yang kuat
  3. Pengelimun
  4. Pemberat dan penderas pukulan
  5. Pemampan pukulan
  6. Pembisa Jarak jauh ( teknik )
  7. Pemati langkah dan ilmu pemati
  8. Kewibawaan dan Kehormatan
  9. Ilmu Qadam yang kuat
  10. Mampu mengesan kehadiran Qadam
  11. Sering mendapat kunjungan dari alam ghaib
  12. Mampu membaca fikiran orang lain
  13. Mendapat gerak yang tepat jika sesuatu hal menemui jalan buntu
  14. Memudahkan segala urusan melibatkan kerja yang berat
Mahar  : Rm 811.77
Telah ditebus
     
     

 

Batu Gemalai Sutra Dara

 

Batu Gemalai Sutra Dara ini dalah pemberian seorang puteri kepada hamba ketika hamba bersama sahabat hamba betapa disalah sebuah gunung di sempadan Pahang - Negeri Sembilan iaitu Gunung Besar Hantu. Namanya sahaja dan menggerunkan apatah lagi ingin bersendirian disana, namun pemikiran kami meleset kerna disana amat tenang sekali. Hamba diberitahu oeh guru kami dimana , gunung tersebut adalah perkammpungan bunian yang peratusnya 90% adalah islam, alangkah terkejutnya kami bertambah gembira.

Hendak dijadikan cerita hamba dihadiahkan beberapa butir batu permata yang belun dicanai dimana mempunyai khasiatnya tersendiri dan mempunyai Qadam Puteri serta Tok Syeikh yang menjaganya, Khasiat pengasih sgt ammpuh sehingga boleh dikatakan mampu menundukkan musuh dgn renungan mata dan mampu membuatkan orang berpangkat besar menjadi hormat pada sipemakai. Tidak Khuatir la jika sipemilik batu ini didatangi puteri mahupun Tok . Tapi Awas !!!! jika pemilik batu dipukau oleh kecantikkan puteri dan diajak berkahwin harap terus beristighfar kerna setujunya kita untuk berkahwin dgn puteri buunian maka hilanglah anda dimata bumi yang nyata, perkara ini pernah terjadi .. Jika dipakai ketika tidur maka niatlah untuk mempelajari ilmu perubatan insyaallah Tok yang menjaga batu ini akan mengajar bagaimana untuk mengubati penyakit misteri Insyaallah . Antara khasiat lain yang terdapat pada batu ini adalah

  1. Pengasih yang ampuh
  2. Pembuka pintu rezki
  3. Renungan mata yang tajam
  4. Pelaris perniagaan
  5. Kerezkian
  6. Dihormati kawan dan lawan
  7. Kewibawaan dan kehormatan yang tinggi
  8. Mampu mempelajari silat dari alam sebelah melalui mimpi
  9. Medium perubatan ( setelah diajar )
  10. Salah satu medium utama untuk kealam sebelah ( ic )
  11. Gerak hati yang cukup kuat dan tajam
  12. Mendapat gerak silat semula jadi jika dalam keadaan darurat ( autocas )
  13. Mampu mematikan ilmu pengasih
  14. Pendinding dari gangguan nyata mahupun ghaib
  15. Mudah mendapat gerak jika seseorang itu berniat tidak baik pada kita.
  16. Jika seseorang itu mempunyai niat yang tidak baik ia akan terbatal dengan sendirinya.
  17. Jika dibawa kehutan insyaallah binatang buas akan takut
  18. Pembisa pukulan dan pemberat pukulan
Jika terdapat anak kecil menangis sila ambil batu tersebut rendam kedalam air suam kemudian bacakan al fatihah 7 kali serta surah al ikhlas 3 kali kemudian niat insyaallah dgn izin Allah pasti berhasil , jika anak susah tidur letakkan batu tersebut dibawah bantal dan baca al fatihah dan al ikhlas insyaallah segala urusan dipermudahkan, Sama-samalah kita letakkan kepercayaan kepada Allah dan mintalah kepada Allah juga kerna sesuatu perkara tidak akan terjadi tanpa izinNya insyaallah .

Penjagaannya juga perlu dan pantang larangnya juga perlu supaya Qadam tidak merajuk pergi

Maharnya  : Rm 777.55
 

Batu Bunian Prabu Putih Selerang





Batu Bunian ini hamba perolehi semasa lawatan hamba di Gunung Chabang , Perak. Batu ini mempunyai isian qadam sebanyak 333 Qadam dan antaranya 55 ekor prabu putih dan Wali . Khasiatnya lebih kepada pertempuran yang sangat ampuh dan kuat. Batu ini sangat panas dan perlu penjagaan yang kuat. Kepada mereka yang merantau amat sesuai digunakan kerna ia mempunya kekuatan dan kuasa yg sangat kuat. Antara khasiatnya adalah. 
 
  1. Pendinding diri 
  2. Penggelimun 
  3. Pemberat dan pembisa pukulan 
  4. Penderas pukulan 
  5. Semangat tempur seperti Prabu Mawas Emas 
  6. Penunduk pandangan niat
  7. Menghilangkan rasa takut
  8. Suara menjadi gerun bila seseorang dalam keadaan marah 
  9. Gerak hati dan firasat yang tajam 
  10. Pemati langkah 
  11. Tahan badan 
  12. Dihormati lawan dan disegani lawan mahupun kawan 
  13. Hati menjadi tenang dan perasaan takut bertukar menjadi berani 
  14. Pendinding dari nyata mahupun Ghaib 
  15. Pemati ilmu santau 
  16. Pemati ilmu Pengasih 
  17. Silat autocas bila kita dalam keadaan darurat 
  18. Sering dikunjungi oleh panglima dari alam ghaib , 
  19. Akan diajarkan ilmu persilatan dari alam sebelah
  20. Medium utama kealam sebelah
  21. Mampu menjadi seorang perawat alternatif
 
Maharnya : Rm 811.77
Telah ditebus

Batu Fairuz ( Penghanyir )

Batu ini khas untuk pemancing tegar. Batu ini mempunyai hidupan didalam batu. Sila hubungi saya jika mahu pencerahan, khasiat serta penjagaannya.

Maharnya : Rm 433.33 + Rm 111.11 untuk mata kail yang telah diwafakkan serta diisikan oleh Kiyai Rahman . Orang Bunian Sik Kedah

Telah ditebus
        


Batu Fairuz

Batu Fairuz ini hamba perolehi di Pulau Besar Melaka , sesiapa yang berhajat untuk pengisian Panas mahupun sejuk boleh hubungi hamba . Batu ini sangat diisikan Qadam Pertempuran. Ada 2 cara untuk pengisian dimana pertama pengisian dari ayat2 Al quran dan Aura . Manakala isian ke2 adalam memasukkan Qadam kedalam Batu tersebut serta perlu penjagaan dan pantang larang. Sila nyatakan pengisian/qadam jenis apa yg diinginkan 

Cth . Pengisian pertempuran , Pengasihan atau Pengisian Qadam Pertempuran serta Pengasihan . 

Mahar : Rm 355.55 (untuk isian Qadam Pengasihan)
      : Rm 355.55 (untuk isian Qadam Agama)
      : Rm 433.55 (untuk isian Qadam Pertempuran)

Mahar : Rm 277.77 (untuk pengisian Pengasihan)
      : Rm 311.33 (untuk pengisian Pertempuran)

Batu Cenderawasih Gunung




Batu cenderawasih ini hamba perolehi di Gunung Tumang Batak iaitu sempadan Perak pahang. Batu ini hamba perolehi dari alam Bunian dimana hasil pertukaran barang mistik . Batu ini mempunyai  55 Qadam pertempuran dan 33 Qadam Pengasihan . Batu ini mempunyai penjaganya sendiri dan perlu diperasapkan serta diwangikan. Batu ini didatangi sekali dgn minyak pengasih dimana ia diperbuat oleh nenek kebayan . Antara khasiatnya adalah 

Batu Panas ( atas ) 

  1. Pertempuran yang hebat
  2. Pembungkam lawan 
  3. Pemberat pukulan 
  4. Pemati langkah 
  5. Mampu menumpaskan musuh dgn beberapa pukulan sahaja 
  6. Pembisa pukulan 
  7. Mampu membaca gerak lawan 
  8. Mampu menembusi kealam sebelah ( teknik )
  9. Penggerun 
  10. Musuh menjadi hormat pada sipemakai manakala jika ada orang beniat tidak baik iaitu santau maka santau itu akan terbatal dengan sendirinya 
  11. Digeruni musuh dan disegani kawan mahupun lawan 

Batu Sejuk ( bawah )

  1. Pengasihan yang ampuh 
  2. Orang menjadi senang bila berurusan dgn sipemakai 
  3. Pembuka pintu rezki 
  4. Mampu mendapat silat dari alam sebelah 
  5. Apabila orang berurusan maka suara kita menjadi merdu 
  6. Mendatangkan tuah pada sipemakai 
  7. Pemikat lawan jantina 
  8. Pelaris perniagaan 
  9. Hilang pandangan musuh 
  10. Pembuka medan pesona diri 
  11. Tidak putus rezki 
  12. Menundukkan lawan dari renungan mata 
 Segala urusan hendaklah ikhlas dan benar benar untuk meningkatkan keyakinan diri dan membantu sekeliling. Jangan terlali taksub dgn apa yang diperolehi . Segala urusan datangnya dari Allah , Mohonlah kita kpdNya agar akidah kita tidak 
terpesong 
Segala pantang larang serta penjagaanya akan diberikan semasa proses penebusan .

Maharnya  : Rm 411.77 + kain kuning setenggah meter  ( sebutir )
          : Rm 711.77 + kain Kuning 1 meter ( untuk sepasang )  

Batu Puteri Angsana Puteri Selasih Duyung





Batu ini hamba perolehi di Gunung Chamah ,Kelantan dimana penjaga atau pemegang kunci pintu bunian adalah ayahandanya iaitu Syeikh Fatah Farushi atau dikenali Imam Ibal iaitu ketua jemaah masyarakat Bunian disana. Batu ini adalah milik seorang pengamal perubatan di Gua Musang , Kelantan , tujuan hamba kesana adalah tujuan melawat makam makam lama disana . Lalu hamba dibawa oleh seorang penduduk kampung untuk berjumpa pemegang kunci Gunung tersebut. Dengan beberapa amalan dan ritual hamba dah masuk kealam sebelag , syukur atas kunjungan hamba disambut baik oleh jemaah sana , dimana hamba juga diajar berubat cara mereka kemudian diakhir sekali beliau menghadiahkan beberapa butir batu yang mempunyai Qadam tersendiri.

Berbalik pada Batu ini , Batu ini mempunyai 5 puteri yang menjaganya , maka tidak hairanlah jika sipemakai akan merasa diperhatikan dan ramai kenalan . Khasiat batu ini adalah pengasih yang sangat kuat sehingga mampu mengatasi minyak senyonyong. Disamping itu juga ia menpunyai khasiat perubatan yang baik. Antara khasiat lain adalah : 


  1. Segala kelemahan akan bertukar menjadi kemuliaan 
  2. Melimpah2 rezki yang datang kepadanya 
  3. Mempunyai ilmu pengasih yang sangat kuat dan ampuh 
  4. Mampu mengawal orang dihadapan ( teknik )
  5. Pemati ilmu pengasih 
  6. Pendinding yang sangat kuat 
  7. Pelaris perniagaan jika dipakai buat cincin 
  8. Segala urusan menjadi mudah dan senang
  9. Pembuka rezki 
  10. Penunduk 
  11. Pemanis dan seri wajah 
  12. Membuat orang bertambah sayang
  13. Orang yang mempunyai sifat baran akan menjadi kasihan, manakala jika sipemakai berhadapan dgn orang yang panas baran orang itu terus menjadi lembut dgn sipemakai 
  14. Mampu menambah kenalan 

Setiap barang ada penjagaan , usah risau dan khuatir kerna tiada sebarang unsur syirik. Penjagaan juga perlu akan diberikan semasa menebus 

Maharnya  : Rm 555.55 dan sehelai kain putih 1 meter

- Telah ditebus  

Batu Besi Badar Asli



Batu Besi Badar Asli . Batu ini boleh melekat pada magnet , bagi mereka yang ingin menebusnya dan ingin uji samada boleh melekat atau tidak silalah bawa magnet untuk tujuan uji. Batu ini sangat popular dikalangan tentera2 dizaman dahulu lagi kerana keasliannya dan khasiatnya. Khasiat ini sgt dicari kerna mempunyai khasiat kebal umum wallahuallam . Pada hamba mudah sahaja jika seseorang itu menjaga malan serta zikirnya kpd Allah aper jua pun akan menjadi, disamping itu hubungan sesama manusia juaga perlu dijaga agar kita terlepas dari sikap riak dan takbur. 

Diceritakan dahulu ada seorang tentera diindonesia mempunyai Batu tersebut, beliau telah dikepung beberapa pemberontak , maka dgn itu beliau menyerahkan semua kepada Allah sambil mengenggam batu tersebut ,maka tidak semena-mena beliau dihujan beberapa tembakan , alangkah terkejutnya tiada satu peluru pun yang menembusi badannya . Maka dgn mudah beliau menumpaskan musuh dgn senjatanya. sejak dari itu semakin kuat tentera tersebut beramal dan mendekatkan diri pada yang Maha Esa . 

Itu adalah sedikit soroton cerita dari orang2 lama. antara khasiat lain yg ada pada Batu Besi Badar Asli adalah 

  1. Kebal ( harus yakin pada Maha Penciptanya )
  2. Pendinding dari segala ilmu hitam termasuk DAGU !!!!
  3. Rajin bekerja dan urusan yang berat menjadi ringan 
  4. Mampu menumpaskan musuh tanpa merasa penat 
  5. Mempunyai kekuatan yang sangat kuat jika benar2 memerlukan

Maharnya : Rm 1111.11 ( BDR )
Telah ditebus

Batu Jarum Emas Pamotan Bunian





Batu Jarum Emas , rasanya tidak perlu hamba terangkan khasiatnya kerna batu ini antara buruan bagi pengamal perubatan dan persilatan, Apa yang unik batu ini adalah saya perolehi sendiri diGunung Jerai baru2 ini semasa hamba dan sahabat hamba kesana tujuan mencari barang perbuatan terutama akar kayu dan kayu2 . Namun kehadiran kami disambut oleh Syeikh Yusuf dimana seorang kiyai dialam bunian. Setelah bertemu dan bertukar pendapat saya dihadiahkan sepasang Batu Silat Jarum Emas dimana ia mempunyai Qadamnya tersediri. Mempunyai khasiat yang sangat banyak dan sangat sesuai pada mereka yang mencari barang bertempur mahupun perubatan . Batu ini juga harus diperasapkan setia 44 hari atau awal muharram iaitu 1-10 muharram. Penjagaan juga perlu 

Antara khasianya adalah 


  1. Mampu bersilat dgn baik jika seseorg itu mempunyai ilmu persilatan batin 
  2. Mampu mempelajari silat dari alam sebelah iaitu alam bunian 
  3. Mampu menarik barang dari alam sebelah apabila mendapat alamat mimpi 
  4. Pemberat pukulan 5 tan 
  5. Pembisa pukulan dan pemati langkah 
  6. Mampu membatalkan ilmu sihir jika seseorg itu berniat tidak baik 
  7. Mempunyai daya renungan yang tajam 
  8. Mampu merawat diri dan keluarga jika terkena apa2 jua santau 
  9. Mampu mengunci sendi musuh 
  10. Membuatkan mana2 yang mempunyai nama dan darjat tunduk dan patuh kepada sipamakai
  11. Ilmu qadam yang sangat kuat
  12. Penunduk
  13. Pendinding dari alam nyata dan ghaib yang sangat ampuh 
Segala urusan hanyalah pada Allah , sama2 kita meminta padaNya setiap barang hanyalah asbab dan sebab . Yang uruskan Allah agar kita tidak lari dan terpesong dari ajaraNNya Insyaallah 

Mahar   : Rm 555.55 dan duit 1 sen ( untuk sebutir )
        : Rm 811.33 dan duit 3 sen ( untuk sepasang )

Batu Dewa Tujuh Tualang Bunian






Batu Dewa Tujuh Tualang Bunian , tidak asing lagi jika mereka selalu kealam sebelah, batu ini hamba perolehi semasa hamba mengikuti Pertapaan diSarawak iaitu di Gunung Murud . Semasa hamba disana hamba disambut oleh seorang Mbah yang bernama Perani Mbahwasi dimana mbah tersebut berusia dalam lingkunagan 312 tahun dan bermastautin diPerkampungan Bunian yg diberi nama Kampung Juli Tiwa . Batu ini dihadiahkan sendiri oleh Mbah dimana batu ini sepasang dan mempunyai Qadam pertempuran yang sangat kuat dan boleh dikatakan mempunyai Prabu Dewa Putih, mempunyai pantang larang yg keras dan penjagaan yang perlu. Mengikut cerita dari Mbah batu ini dimiliki oleh seorang Panglima yang telah menjadi wali , Nama panglima tersebut adalah Jomo Pertugi Sawo . Maka tidak hairanlah jika sipemakai akan merasa panas dan seperti ingin bertempur. Batu ini juga mempunyai khasiat lain antaranya 


  1. Pemati ilmu sihir
  2. Pemati langkah ILMU BATIN 
  3. Penderas serta pembisa pukulan 
  4. Mampu mengambil Qadam orang lain (hamba tidak galakkan penebus membuat perkara sedemikian )
  5. Mampu mengubat pesakit yang terkena sakit misteri 
  6. Mempunyai daya pemerhati yang tajam 
  7. Renungan mata yang tajam dan tepat untuk melumpuhkan musuh 
  8. Digeruni lawan mahupun kawan 
  9. Mampu memperolehi silat dari alam ghaib 
  10. Medium utama kealam sebelah 
Apa juapun keindahan diatas hanyalah apa yang dinyatakan oleh Mbah ataupun lebih dari itu , apejuapun kepada Allah lah kita minta dan pohon kerna semuanya datang dari Allah S.W.T agar akidah kita tidak terpesong Insyaallah 


Maharnya : 611.11 sebutir 
         : 911.77 sepasang 
- Sebutir telah ditebus ( tinggal sebutir sahaja )

Minyak Aktizah dan Pengisian Doa Aktizah

  Inilah DOA 'AKHIDZAH namanya.  Doa dan Pengertiannya terpaksa saya rahsiakan stas nasihat Guru  Pahalanya terlalu besar dan banyak ...